PSG menang bergaya ke atas Monaco, raih gelaran juara Ligue 1 - Sukan | mStar

PSG menang bergaya ke atas Monaco, raih gelaran juara Ligue 1

Foto dari AFP.

PARIS SAINT GERMAIN (PSG) memenangi gelaran Ligue 1 dengan keputusan bergaya 7-1 selepas menumbangkan juara bertahan Monaco di Parc des Princes.

Aksi hebat daripada PSG memberikan kelebihan 17 mata kepada kelab milik Qatar itu berbanding Monaco di tempat kedua.

Giovani lo Celso dan Angel di Maria kedua-duanya menjaringkan gol dua kali manakala Edinson Cavani dan Julian Draxler masing-masing menghadiahkan satu gol.

Manakala, Radamel Falcao dari Monaco menjaringkan gol sendiri ketika Rony Lopes menjaringkan gol untuk Monaco dalam pertandingan satu-sisi.

PSG turut membelasah Monaco 3-0 pada perlawanan akhir Piala Liga Perancis bulan lalu dan pertarungan kali ini disifatkan lebih garang.

Kelab yang dipimpin oleh bekas bos Sevilla, Unai Emery itu terikat dengan kontrak selama dua tahun dan berjaya membuktikan kemampuannya di PSG untuk membawa pulang gelaran juara.

Namun, PSG yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara ketika menentang Real Madrid menimbulkan tanda tanya tentang masa depan jurulatih tersebut.

Dijangkakan Emery akan meninggalkan PSH pada penghujung kempen dan khabar angin mengatakan bekas bos Borussia Dortmund, Thomas Tuchel pula yang akan menggantikan tempatnya kelak. - BBC Sport

PSG

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain