suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic beri bayangan sertai Piala Dunia

Foto dari AFP.

ZLATAN IBRAHIMOVIC memberi bayangan bahawa dia bersedia bermain untuk Sweden pada Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dengan mengatakan peluangnya untuk pergi ke Rusia adalah sangat tinggi.

Penyerang LA Galaxy itu memuat naik status di Twitter yang memberi petunjuk bahawa dia akan membatalkan persaraan antarabangsanya demi bermain untuk pasukan Janne Andersson apabila kejohanan itu bermula pada bulan Jun ini.

Ibrahimovic, 36, bersara dari bola sepak antarabangsa berikutan kegagalan Sweden untuk keluar dari peringkat kumpulan di Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) 2016.

Bagaimanapun, baru-baru ini pemain itu mengatakan bahawa pihak Anders telah berhubung dengannya mengenai kesediaannya untuk menyertai Piala Dunia.

Pemain itu memberitahu MLSsoccer.com, dia akan mempertimbangkan untuk kembali ke Sweden jika mampu mengembalikan kecergasan tubuhnya.

Pemain yang memegang rekod jaringan gol negaranya itu kini seakan ingin membuat kemunculan semula.

Tulisnya di Twitter: "Kebarangkalian saya bermain pada Piala Dunia adalah sangat tinggi."

Ibrahimovic mencatatkan rekod untuk Sweden dengan jaringan sebanyak 62 gol dalam 116 perlawanan dan telah menjaringkan tiga gol untuk LA Galaxy sejak menyertai kelab itu pada Mac. - The World Game

Zlatan Ibrahimovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain