suria

Bandung destinasi pemanas badan skuad futsal wanita

Aksi skuad negara ketika menentang Jepun pada Piala AFC 2015.

KUALA LUMPUR: Skuad futsal wanita kebangsaan akan mengadakan empat perlawanan persahabatan serta menjalani latihan intensif selama seminggu di Bandung, Indonesia, mulai Ahad.

Kem latihan tersebut, disertai 20 pelatih negara, adalah sebahagian daripada persediaan bagi menghadapi Kejuaraan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok dari 2 hingga 12 Mei ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam kenyataan berkata, skuad di bawah jurulatih baharu, Addie Azwan Zainal, telah memilih 20 pelatih untuk kem tersebut.Menurutnya, skuad negara akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Isola FC, Selasa ini, diikuti skuad kebangsaan Indonesia pada 18 dan 19 April serta kelab FKB FC pada 21 April ini.

Addie Azwan, yang menggantikan Muizzudin Haris, akan dibantu oleh Mohd Arif Hamidi Sayuti selaku penolong jurulatih dan Azlizan Ilyas selaku jurulatih penjaga gol.

Pada kejohanan di Bangkok nanti, Malaysia disenaraikan dalam Kumpulan B bersama-sama Bangladesh, Taiwan dan Vietnam.Malaysia akan membuka kempen menentang Bangladesh pada 2 Mei diikuti Taiwan (4 Mei) dan melengkapkan perlawanan kumpulan dengan menentang Vietnam pada 6 Mei ini.

Pada edisi pertama kejohanan itu pada 2015 di Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia menduduki tangga keempat.

20 PELATIH SKUAD FUTSAL WANITA: 

Nur Izzati Khairudin; Hanis Farhana Shamsul Azizan; Siti Asnidah Zamri; Zur'ain Kamaruddin; Intan Sarah Anisah Zulgafli; Siti Nur Atiqah Rashid; Wan Zufirah Mohd Nasir; Nur Shazreen Munazli; Norhawa Md Yassin; Steffi Sarge Kaur; Fatin Shahida Azmi; Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri; Nur Haniza Saarani; Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin; Noorasyiemah Mohamadf Rashid; Syazalina Mohd Affandi; Masyita Mohd Tajib; Noor Hedayah Md Amin; Rabiah Bishriyah Abdul Kadir; Cassandra Devi Jeremiah.- Bernama

Futsal Wanita, piala AFC

Artikel Lain