suria

Sarri pengganti Conte?

CHELSEA dilaporkan telah berhubung dengan jurulatih Napoli, Maurizio Sarri mengenai potensi untuk menggantikan Antonio Conte.

Menurut khabar angin, pengendali kelab Itali itu amat tertarik dengan tawaran tersebut.

Kedudukan Conte dilaporkan agak goyah dengan Chelsea dijangka membuat rombakan jawatan pengurus pasukan itu pada musim panas ini.

Maurizio Sarri.

Selepas mempamerkan prestasi menakjubkan musim lalu, Chelsea bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini apabila sekadar menduduki tangga kelima dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Conte diramalkan bakal angkat kaki dan Sarri disebut-sebut sebagai penggantinya.

Difahamkan pengendali berusia 48 tahun itu mempunyai klausa pelepasan bernilai 7 juta pound dalam kontraknya yang masih sah sehingga akhir Mei ini.

Sarri cemerlang memimpin Napoli yang kini bersaing dengan Juventus untuk merebut trofi Serie A.

Chelsea, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Malaysia tuai emas keempat

Artikel Berikut

Artikel Lain