suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo 'ganggu' temubual Buffon

TINDAKAN bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo mencelah temubual Gianluigi Buffon sejurus selepas tamat perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ternyata amat mengejutkan.

Namun Ronaldo mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Bekas pemain Manchester United itu sekadar mahu menenangkan hati penjaga gol Juventus itu.

Buffon dibuang padang pada saat akhir pertembungan penting itu antara Real Madrid dan Juventus selepas kelab gergasi Sepanyol tersebut dihadiahkan sepakan penalti.

Penjaga gol veteran itu dilayangkan kad merah selepas memprotes keputusan pengadil Michael Oliver.

Ronaldo menyelamatkan maruah Real apabila menjaringkan sepakan penalti untuk membawa pasukan itu mara ke aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.

Ketika ditemubual, Ronaldo yang pada ketika itu berjalan menghampiri Buffon lalu bertindak memeluk legenda Itali tersebut untuk menenangkannya.

Buffon memberi reaksi balas secara baik dan adegan mereka saling berpelukan turut dirakam.

Juventus berusaha keras untuk mengikat kedudukan dengan agregat 3-3 tetapi keputusan penalti memusnahkan segalanya.

Artikel Sebelum

Sarri pengganti Conte?

Artikel Berikut

Bukan untuk dijual!

Artikel Lain