suria

Guardiola dedah punca diarah duduk di bangku penonton

PENGURUS Manchester City diarah berada di tempat duduk penonton selepas mengkritik pengadil ketika perlawanan suku Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Pep Guardiola diarah ke tempat duduk penonton ketika aksi separuh masa ketika menentang Liverpool setelah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil mengenai jaringan gol.

Perlawanan itu menyaksikan Liverpool menang 2-1 di Stadium Etihad sekaligus mara ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara.

"Saya hanya beritahu dia salah. Saya tidak memalukan dia.

"Hanya beritahu ia adalah penalti dan gol.

"Bola untuk Sane datangnya dari James Milner. 'Dari Milner?' 'Ya, dari Milner'.

"Apabila daripada Milber ia tidak ofsaid dan kita bermain separuh masa dengan kedudukan 2-0.

"Bermain dengan pasukan yang mempunyai dua gol adalah sesuatu yang berbeza.

"Perlawanan seperti ini adalah impak yang sangat besar. Di Anfield, gol pertama jaringan Mohamed Salah adalah ofsaid.

"Dan gol daripada Gabriel Jesus di Anfiel dikira, bukan ofsaid," ujar Guardiola.

Manchester City, Pep Guardiola

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain