suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Martial tolak kontrak baharu Man United

Anthony Martial. Foto AFP

JUVENTUS sedia untuk mendapatkan Anthony Martial selepas pemain Perancis itu menolak kontrak baharu daripada Manchester United.

Martial difahamkan semakin kecewa dengan peluangnya yang semakin tipis dengan kemunculan pemain baharu, Alexis Sanchez.

Walaupun beliau telah membuat 40 penampilan dan menjaringkan 11 gol, Martial sering bergantian dengan Marcus Rashford, sedangkan mahu lebih banyak aksi dalam barisan pertama pasukan itu.

Beliau kini bersedia untuk mencari kelab baharu pada musim panas ini.

Selain Juventus, Tottenham, Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain juga sudah lama menyimpan hasrat untuk mendapat Martial.

Pemain berusia 22 tahun itu dilihat cepat menangkis pertikaian mengenai ketidakpuasannya di Old Trafford sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau juga sukar untuk melihat banyak perubahan dengan Romelu Lukaku dan Sanchez sering memegang peranan utama. - Mail Online UK

Anthony Martial

Artikel Sebelum

Keputusan Kejuaraan

Artikel Berikut

Artikel Lain