suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atletico Madrid halang Barcelona 'curi' Griezmann

ATLETICO Madrid sedia memberi kontrak lumayan kepada Antoine Griezmann supaya tidak 'curi' Barcelona.

Dilaporkan Atletico Madrid menawarkan kontrak bernilai 17.5 juta pound setahun dengan gaji 335,000 pound seminggu.

Malah dianggarkan nilai pelepasannya lebih kurang 87 juta pound jika Barcelona berkeras mahukan pemain itu.

Pemain antarabangsa Perancis itu telah lama dikaitkan dengan Nou Camp dan turut dilaporkan dia juga berminat untuk ke sana.

"Saya tidak tahu dari mana maklumat datang. Saya tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Setakat ini tidak ada apa-apa yang berlaku. Laporan itu salah," jelas Griezmann.

Untuk rekod, Griezmann merakam 25 gol dan sebelas kali pembantu gol dalam semua perlawanan musim ini.

Malah dia juga turut menjaringkan gol ketika aksi kemenangan 2-0 ke atas Sporting Lispon pada aksi pertama suku akhir Liga Europa minggu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain