suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nafiizwan lakar sejarah raih gangsa di Gold Coast

Foto dari AFP.

GOLD COAST: Pemain skuasy lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan melakar sejarah tersendiri apabila menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Mohd Nafiizwan menang 3-2 ke atas pemain Wales, Joel Makin untuk mengesahkan pingat yang menjadi rebutan itu pada aksi di Oxenford Studio, Isnin.

Kejayaan itu menyaksikan dia muncul sebagai pemain perseorangan lelaki negara pertama meraih pingat dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan  Komanwel.

Pencapaian terbaik Malaysia sebelum ini adalah berakhir di kedudukan keempat melalui bekas pemain perseorangan lelaki negara, Azlan Iskandar pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India.

Nasib berbeza dialami ratu skuasy negara, Datuk Nicol David apabila gagal merebut pingat gangsa selepas dikalahkan 1-3 oleh Tesni Evans dari Wales, sekaligus gagal mempertahankan gelaran juara di temasya ini. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain