Hafizh Syahrin raih kedudukan 10 teratas

Foto dari Bernama.

KUALA LUMPUR: Pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah melakar kejayaan manis apabila meraih kedudukan 10 teratas dalam kelas perdana, selepas menduduki tempat kesembilan di Grand Prix Argentina pada Ahad (awal Isnin di Malaysia).

Walaupun bermula di petak kedua terakhir, grid permulaan, pelumba berusia 23 tahun yang mewakili Monster Yamaha Tech3 ini menamatkan perlumbaan 115.344km dalam tempoh 41 minit dan 0.653 saat untuk mengutip tujuh mata kejuaraan yang berharga, dan menjadi pendahulu bagi pelumba baharu, mengatasi pelumba Itali Franc Morbidelli dan pelumba Jepun Takaaki Nakagami selepas menamatkan dua perlumbaan musim ini.

Dikenali dengan gelaran ‘El Pescao', Hafizh Syahrin kini menduduki tempat ke-13 dalam kejuaraan dunia dan mengumpul sembilan mata, selepas mengutip dua mata pada perlumbaan pusingan pertama di GP Qatar pada 18 Mac , menurut laman web rasmi MotoGP, www.motogp.com.  

“Saya bekerja keras sepanjang minggu ini, pasukan melakukan tugasan yang hebat. Saya dapat rasakan saya beraksi dengan baik minggu ini, kami hanya hadapi kesukaran pada peringkat kelayakan, sebab saya tidak menemui cengkaman yang baik untuk hentikan jentera dengan cara berkesan.

“Untuk perlumbaan ini saya sangat positif, saya terus pecut dan bila saya sedar saya berada di kedudukan ke-15 selepas pusingan pertama, saya terkejut. Jentera saya bergerak laju dan berupaya mengekori Yamaha Factory dengan mudah, tapi sukar memotong Ducati, sebab ia sangat pantas di litar yang lurus.

“Kami sangat gembira raih keputusan yang membanggakan di Argentina. Saya harap saya dapat lakukan aksi terbaik di GP Amerika Syarikat dan saya sendiri akan terus tingkatkan usaha,” katanya di laman web pasukan Monster Yamaha Tech3, motogp.teamtech3.fr.  

Dalam saingan itu, pelumba British dari pasukan LCR Honda Castrol, Cal Crutchlow memenangi perlumbaan itu apabila merekodkan 40:36.342s diikuti rakan sepasukan Hafizh Syahrin Johann Zarco dari Perancis (40:36.593s) dan pelumba Suzuki Ecstar Alex Rins dari Sepanyol (40:38.843s) masing-masing meraih  kedudukan di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu bagi kategori Moto2, Khairul Idham Pawi dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia menduduki tempat ke-24 dengan catatan 41:47.669s diikuti rakan senegara Zulfahmi Khairuddin dari SIC Racing Team raih tempat ke-26 (42:10.531s).

Dalam perlumbaan kelas Moto3, pelumba pasukan Petronas Sprinta Racing, Adam Norrodin mempamerkan aksi terbaik untuk menduduki tempat kelima dengan catatan 41:52.934s, memberikannya tujuh mata berharga.Pelumba berusia 19 tahun dari Parit Raja itu yang menamatkan saingan di tangga ke-11 di Qatar, kini menduduki tempat kelapan  dalam kejuaraan dunia dengan 16 mata. - Bernama

Hafizh Syahrin

Artikel Sebelum

Salah dalam radar Real Madrid

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain