suria

Ozil direhatkan, bukan digugurkan kerana cedera

Foto dari Reuters.

ARSENE WENGER mengesahkan Mesut Ozil akan berehat daripada perlawanan menentang Southampton dan bukannya digugurkan bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris yang disebabkan oleh kecederaan.

Arsenal menjaringkan gol 4-1 dalam perlawanan kedua menentang CSKA Moscow, namun Wenger memutuskan dia mahu memberi peluang kepada Ozil untuk berehat selepas bekerja keras sebelum ini.

Ozil berada dalam keadaan baik semasa perlawanan itu dan menerima pujian daripada Wenger di atas persembahan yang dipamerkannya.

Aaron Ramsey dan Alexandre Lacazette berjaya menjaringkan gol untuk Arsenal selepas dibantu oleh Ozil.

Pemain muda Arsenal, Reiss Nelson diberikan kepercayaan untuk beraksi pada perlawanan menentang
Southampton pada Ahad.

Pada perlawanan itu, Arsenal berjaya memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Southampton. - Agensi

Mesut Ozil

Artikel Berikut

Artikel Lain