suria

Apa dah jadi Guardiola?

Pep Guardiola. Foto Reuters

REKOD pusingan kalah mati dalam Liga Juara-Juara buat Pep Guardiola bertambah buruk apabila Manchester City teruk dibelasah oleh Liverpool di Anfield, Rabu malam lalu.

Dalam tempoh 24 jam dalam kejohanan yang semakin ke penghujungnya, Guardiola hanya memenangi lima kali dalam 10 tahun.

Ia merupakan rekod yang mengejutkan buat seseorang yang telah memenangi dua perlawanan dengan Barcelona, dan membawa Bayern Munich ke separuh akhir tiga tahun berturut-turut.

Dalam 24 perlawanan, pasukan Guardiola telah menjaringkan 27 kali. Mereka telah mengalami sembilan kekalahan dalam 10 perlawanan.

Rekod buat pengurus kelahiran Sepanyol itu di Eropah bukanlah satu fenomena baharu pun.

Beliau terpaksa menunggu sehingga permainan kelapannya untuk mencatatkan kemenangan pertama, di Shakhtar Donetsk pada April 2011.

Kemudiannya pada bulan itu, beliau mencatatkan kemenangannya di Eropapa, dengan 2-0 ke atas Real Madrid di bawah pengurus Jose Mourinho di Bernabeu.

Beliau mengalami kekalahan buat Bayern Munich di tangan Real Madrid dan Barcelona pada 2014 dan 2015.

Menundukkan Basle dengan 4-0 pada Februari memperlihatkan petunjuk yang lebih baik untuk Guardiola, setelah melihat pasukannya kalah 3-1 di Monaco setahun sebelumnya.

Bagaimanapun insiden pada Rabu malam di Anfield menunjukkan betapi serius impak terhadap Guardiola tidak akan berubah kepada lebih baik dalam masa terdekat. - Mail Online UK

Pep Guardiola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain