suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shaw Hilang Sabar Dengan Mourinho

Shaw dan Mourinho (kanan).

HUBUNGAN Luke Shaw dengan Jose Mourinho semakin panas.

Shaw dilihat sudah tidak tahan lagi dengan tindakan pengurus Manchester United itu yang sentiasa mencari kesalahannya.

Pemain pertahanan itu dilaporkan bertindak berdepan dengan Mourinho di bilik persalinan ketika aksi menang Piala FA bertemu Brighton baru-baru ini.

"Kenapa kamu sentiasa pilih saya?," tanya Shaw kepada Mourinho.

Pengurus itu memberi alasan kerana Shaw tidak bertahan dengan baik dan Brighton mempunyai banyak ruang bebas di bahagian kiri ketika menyerang.

Pertengkaran itu dapat didengari sehingga di luar bilik persalinan apabila Shaw dan Mourinho masing-masing meninggikan suara sebelum Ashley Young cuba meredakan situasi itu.

Shaw merasakan Mourinho tidak berlaku adik kepadanya.

Ia merupakan kali kedua pertengkaran berlaku di antara mereka.

Pemain berusia 22 tahun itu terdesak untuk bermain bagi memastikan tempat dalam skuad England ke Piala Dunia Jun ini.


Luke Shaw, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain