suria

Tunku Ismail Sah Letak Jawatan Presiden FAM

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah meletak jawatan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad.

Tunku Ismail memberitahu perkara itu ketika sidang media selepas Majlis Kongres Kedua Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) di Johor Bahru pada Ahad.

Bagaimanapun Tunku Ismail kekal sebagai Pengerusi FMLLP.

Jelasnya juga, FMLLP akan dikenali sebagai Malaysia Football League (MFL) selepas ini.

Tunku Ismail menunjukkan surat perletakan jawatannya pada sidang media, Ahad.

"Bermula hari ini tanggungjawab saya hanya sebagai Pengerusi MFL untuk dapatkan lebih dana, penajaan dan menjaga kepentingan kelab di negara.

"Untuk skuad kebangsaan, saya ucapkan selamat berjaya kepada FAM.

"Dan jawatankuasa tatatertib, pengadil semua itu saya tak nak ambil tahu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada yang percaya kepada saya. Pihak penaja dan semua sekali pasukan yang bertanding.

"Di sini adalah surat perletakan jawatan saya sebagai presiden FAM. Allah peliharakan Sultan Negeri Johor," jelas Tunku Ismail.

TMJ, Presiden FAM

Artikel Berikut

Artikel Lain