suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Buru Rashford

REAL Madrid cuba 'memburu' bintang muda Manchester United, Marcus Rashford.

Kelab gergasi Liga Sepanyol itu mahu membida Rashford untuk dijadikan penyerangnya musim depan.

Malah Rashford kini menjadi tumpuan utama presiden kelab, Florentino Perez.

Menurut laporan media Sepanyol, Sport, pemain berusia 20 tahun itu menjadi sasaran berpotensi tinggi dalam skuad Real.

Usianya yang masih muda dan mempunyai potensi kelas dunia, Rashford dianggap paling sesuai untuk diserapkan dalam skuad Zinedine Zidane dan Perez berharap peluang bermain untuk England digunakan sepenuhnya biarpun kurang beraksi di bawah Jose Mourinho.

Rashford merakam rekod 14 aksi Liga Perdana musim ini dan berada di bangku simpanan sebanyak 13 kali.

Dia meledak 12 gol dan lapan kali sebagai pembantu dalam semua aksi perlawanan musim ini.

Artikel Lain