suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perancis Ikut Mourinho Ketepikan Pogba

PERANCIS mengikut jejak Manchester United mengetapikan Paul Pogba menjelang perlawanan persahabatan bertemu Colombia.

Selepas hilang tempat dalam skuad utama Jose Mourinho, Pogba kini terlepas aksi untuk negaranya.

Pogba tidak beraksi dalam tiga perlawanan terakhir United apabila Mourinho lebih berminat Maroune Fellaini ketika bertemu Sevilla dan Scott McTominay dalam dua perlawanan suku akhir Piala FA menentang Brighton.

Mengikut laporan L'Equipe, bos Perancis Didier Deschamps membuat keputusan untuk menggugvurkan Pogba pada perlawanan awal pagi Sabtu ini.

Malah dilaporkan Deschamps bakal menggunakan formasi 4-4-2 apabila meletakkan bintang Chelsea, N'Golo Kante dan pemain Juventus Blaise Matuyidi di bahagian tengah.

"Dia mempunyai situasi rumit di Manchester United. Tetapi dia tidak hilang kebolehannya dalam bola sepak dan tahu apa yang perlu dia buat," ujar Deschamps.

Paul pogba

Artikel Berikut

Artikel Lain