suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hafizh Syahrin Di Kedudukan Ke-14 MotoGP Qatar

Foto Bernama.

PETALING JAYA: Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan saingan pada kedudukan ke-14 dalam perlumbaan MotoGP Dunia 2018 pada Ahad.

Muka baharu dalam MotoGP itu yang beraksi untuk pasukan Monster Yamaha Tech3, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 42 minit 54.953 saat.

Pada Sabtu, pelumba yang berusia 23 tahun itu berada pada kedudukan ke-15 dan berjaya mendaki carta pada perlawanan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

Pada perlumbaan itu, pelumba pasukan Ducati dari Itali, Andrea Dovizioso mengungguli tangga teratas litar dengan catatan masa 42 minit 34.654 saat, manakala Marc Márquez dari Sepanyol pula mencatat 42 minit 34.681 saat.

Hafizh Syahrin, MotoGP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain