suria

Mourinho Kecewa, Kritik Pemain Sendiri

KEPUTUSAN menang 2-0 ke atas Brighton pada aksi suku akhir Piala FA Emirates masih tidak memuaskan hati pengurus Manchester United.

Jose Mourinho melempar kritikan pedas kepada skuadnya walaupun berjaya menempah tiket ke saingan separuh akhir selepas ini.

"Saya tidak suka permainan ini..kami tidak bermain dengan baik seperti yang saya mahukan.

"Saya tidak ada reaksi kepada mereka, cuma beberapa orang sahaja," jelas Mourinho.

Pengendali Portugis itu berkata, dia amat kecewa dengan majoriti pemainnya yang tidak mengikut arahan seperti ketika sesi latihan.

"Apabila kamu tidak mempunyai minimum enam orang, tujuh pemain lagi mahu bermain, mahu bertanggungjawab, mau semua bola, ada keinginan dan benar-benar mahu bermain.

"Pertama mahu bermain, manakala yang lain hanya mahu berada di padang. Sangat sukar untuk mendapatkan persembahan terbaik.

"Saya tidak suka dengan persembahan ini secara keseluruhan.

"Pemain penyerang berada di belakang pertahanan dan tidak mahukan bola yang berada di antara garisan.

"Pemain pertahan  pula bermain corak empat segi dan mengambil 10, 12 hantaran untuk mara ke satu garisan ke satu garisan. Saya rasa sangat kecewa," ujar Mourinho.

Artikel Lain