suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bola Sepak Negara Rugi Jika TMJ Letak Jawatan

REMBAU: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan peletakan jawatan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) satu kerugian kepada pembangunan sukan bola sepak negara.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata meskipun Tunku Ismail baru setahun menerajui badan induk bola sepak itu, namun telah banyak perubahan yang telah dibawa.

“Satu tahun bukan senang untuk kita nak buat perubahan dan saya harap supaya Datuk Hamidin (Mohd Amin) selaku Setiausaha Agung FAM panggil semua badan gabungan buat mesyuarat khas… sama ada kita nak terima atau pun tidak peletakan jawatan itu.

“Saya nampak di bawah Tunku Ismail ini, usaha dan rancangan yang dibuat menunjukkan kita ke arah untuk membangunkan industri bola sepak di negara kita.

“Ramai yang cakap nak jadi presiden… tapi saya rasa Tunku Ismail ini kecil hati sebab ada orang menyindir-nyindir dia. Jadi kita akan minta supaya baginda dikekalkan dan kita akan terus menyokong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program sukan rakyat anjuran Jawatankuasa Penduduk Taman Kelab Tuanku Mambau di sini, Sabtu.

Mohamad diminta mengulas mengenai luahan sekali lagi hasrat Tunku Ismail pada Khamis untuk meletak jawatan sebagai Presiden FAM berikutan kejatuhan ranking skuad Harimau Malaya ke tangga 178 dunia.

“Jadi saya tidak tahulah siapa orang yang layak untuk jadi presiden tapi saya rasa Tunku Ismail untuk sementara waktu ini janganlah meletakkan jawatan dan PBNS selaku badan gabungan mahu melihat supaya baginda terus memegang jawatan dan kita sokong,” katanya. - Bernama

TMJ

Artikel Lain