suria

Mourinho Sandarkan Kekalahan United Pada Warisan Bola Sepak

Foto dari AFP.

JOSE Mourinho 'membebel' selama 12 minit tentang rekod pasukannya yang kalah kepada Sevilla 1-2 dalam Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Pengurus kelahiran Portugal itu mengulang frasa 'warisan bola sepak' sepanjang sidang media kekalahan pasukannya kepada pasukan dari Sepanyol itu berlangsung.

Mourinho dikritik hebat kerana United mempersembahkan gaya serangan dianggap lemah.

Kata pengurus itu, kegagalan United di Eropah bukanlah sesuatu yang baharu buat kelab itu sambil mengingatkan penyokong tentang persembahan United sejak 2011.

"Saya cakap kepada penyokong bahawa mereka berhak melontarkan pandangan dan reaksi.

"Tapi, ada sesuatu yang saya gelarkan warisan bola sepak.

"Dan apa yang diwarisi oleh pengurus adalah sesuatu seperti yang berlaku kepada United ketika berada dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2011.

"Sejak 2011, 2012, keluar daripada fasa kumpulan, kumpulan ini adalah hampir sama dengan kumpulan yang kami sertai musim ini, Benfica, Basel dan Galati dari Romania.

"Pada 2013 di Old Trafford, saya berada di pasukan lain. Pada 2014, keluar daripada suku akhir.

"Pada 2015, tiada bola sepak Eropah. Pada 2016, masuk kembali ke bola sepak Eropah dan pada 2017, menang Liga Eropah bersama saua dan masuk semula ke Liga Juara-Juara.

"Pada 2018, menang peringkat kumpulan dengan 15 daripada 18 mata dan kalah di rumah sendiri dalam 16 kelompok pasukan terbaik.

"Jadi, dalam tempoh tujuh tahun dengan empat pengurus berbeza, satu tidak layak masuk ke Eropah, dua kali gagal peringkat kumpulan dan yang paling tinggi adalah suku akhir, ini adalah warisan bola sepak," katanya. - Eurosport

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain