suria

Ronaldo Rakam Gol Ke-300 La Liga

PENYERANG berbisa Real Madrid, Cristiano Ronaldo melengkapkan gol ke-300 dalam aksi La Liga awal pagi Ahad.

Ronaldo meledak gol menjaringkan dua gol (m-45,78') ketika aksi kemenangan 3-1 ke atas Getafe CF.

Perlawanan tersebut juga menyaksikan Gareth Bale turut menyumbang satu gol awal pada minit ke-24.

Kejayaan mengumpul 300 gol itu menjadikan Ronaldo pemain kedua yang berjaya mencapai jumlah tersebut setelah Lionel Messi dengan 372 gol.

Bagaimana pun Ronaldo berjaya mencapai 300 gol itu dengan jumlah 286 berbanding Messi 334 perlawanan pada Februari 2016.

Ronaldo kemudian menambah gol menjadi 301 gol setelah mencetak gol ketiga Real pada minit ke-78.

Dengan gol itu, pemain berusia 33 tahun tersebut telah mencetak 16 gol dalam 21 perlawanan La Liga musim ini atau 30 gol dalam 32 perlawanan di semua kejohanan.

Cristiano Ronal, Real Madrid, 300 Gol

Artikel Lain