suria

Mourinho Yakin Ibrahimovic Akan Tinggalkan United

Foto: Reuters

PENGURUS Manchester United menjangkakan Zlatan Ibrahimovic akan meninggalkan kelab penghujung musim ini.

Bekas penyerang antarabangsa Sweden berusia 36 tahun itu mengikat kontrak bersama United pad amusim perpindahan 2016 dan merakam 28 gol untuk United dalam semua perlawanan.

Bagaimana pun, aksinya bersama United terhenti apabila mengalami kecederaan lutut ketika kempen berlangsung.

Kontraknya bakal tamat hujung musim ini dan laporan telah tersebar bahawa dia akan meninggalkan United.

Jose Mourinho yang mengesahkan perkara itu ketika sidang media pada Jumaat berkata: "Mengenai Zlatan, kami  semua yakin musim terakhirnya di Manchester United.

"Dan ia adalah keputusan peribadinya sendiri sama ada mahu bermain atau berhenti.

"Saya yakin dia ada keputusan betul dalam memilih jalan hidupnya, masa depan sendiri. Dia seorang pemain yang menakjubkan sepanjang karier dan kecederaan berlaku ketika masa yang tidak tepat.

"Ia saat sukar baginya. Jika tidak cedera sudah tentu dia akan gembira. Dia sangat jujur. Bekerja keras untuk pulih," jelas Mourinho.

Ibrahimovic dikaitkan untuk berpindah ke MLS bersama pasukan LA Galaxy.

Zlatan Ibramovid, Jose Mourinho

Artikel Lain