suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Mourinho Ada Koleksi Pemain Hebat, Tapi..."

Jose Mourinho

GRAEME Souness mengkritik prestasi Manchester United yang kalah 1-0 ketika bertemu Newcastle aksi awal pagi Isnin.

Red Devils tewas di St mary sebelum Liverpool merapatkan jurang dengan dua mata dengan kemenangan ke atas Southampton.

Pengkritik di Sky Sports itu berkata, Jose Mourinho mempunyai pemain hebat tetapi kurang berfungsi.

Pada pandangannya, situasi tersebut boleh menyebabkan Liverpool mengambil alih kedudukannya di tangga kedua.

"Saya rasa United hari ini lemah. Jose banyak bercakap mengenai Newcastle selepas perlawanan, dan bukannya pasukan sendiri kerana saya menganggap dia sedar bahawa mereka tidak bagus hari ini.

"Di atas kertas dia mempunyai koleksi pemain yang hebat, nama besar tetapi ia tidak bermakna anda pasukan yang hebat.

"Saya yakin dia amat risau dengan prestasi skuadnya hari ini," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain