suria

'Ubi Muda' Kedah Tunjuk Taring Di Stadium Batu Kawan

Akhyar membuat meraikan jaringan gol dengan tarian tersendiri di hadapan penyokong setia Kedah. Foto: Kedah FA

PETALING JAYA: Selepas dua perlawanan Liga Super, Kedah akhirnya mampu tersenyum walau mencatat kemenangan tipis.

Jaringan tunggal Lang Merah ketika bertemu PKNP FC di Stadium Baru Kawan pada Ahad itu menyaksikan mata penting buat skuad kendalian Ramon Marcote itu.

Kedah antara pasukan yang turut menjadi perhatian saingan Liga Malaysia dengan membawa prestasi memuaskan musim lalu.

Ternyata kepercayaan yang diberikan Marcote kepada pemain mudanya, Muhammad Akhyar Rashid,19, digunakan sebaik-baiknya.

Akhyar yang menjadi salah seorang tunggak penting dalam skuad Bawah 23 Tahun pada aksi Piala Asia bulan lalu mengakui dia berkobar-kobar untuk membantu Lang Merah mengutip mata dalam setiaap perlawanan.

Bagaimanapun dia tidak beraksi pada aksi Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) minggu lalu.

Sebelum ini Akhyar memberitahu kepada mStar Online bahawa bukan mudah untuk menempatkan diri dalam barisan utama skuad negerinya ini.

"Saya sedar dalam skuad Kedah terdapat lima orang penyerang. Sebelum saya berdepan dengan lawan, saya perlu berjuang untuk mendapat kepercayaan jurulatih (Ramon Marcote) berada dalam barisan utama.

"Setakat ini semuanya berjalan lancar dan yakin akan menjadi pilihan jurulatih pada perlawanan akan datang."

Malah jaringannya itu juga seperti impian menjadi kenyataan apabila sebelum ini secara peribadinya dia memang ingin cuba menjaringkan gol.

"Kalau boleh saya ingin membantu pasukan untuk menjaringkan gol. Itu sasaran peribadi saya musim ini.

"Dan selain itu kami berharap akan mengutip mata dalam setiap perlawanan," kata Akhyar.

Kedah mengutip tiga mata penuh selepas tewas 2-1 kepada JDT dan Perak (3-1).

Mereka bakal melayan kunjungan PKNS FC pada Jumaat ini.

Akhyar Rashid, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain