suria

Sanchez Dipilih Bukan Setakat Gol

Alexis Sanchez. Foto Reuters

ALEXIS Sanchez akan melangkah ke padang di St James's Park pada Ahad sebagai bintang terbaik di Liga Perdana Inggeris.

Pemain kelahiran Chile dilihat akan memberikan banyak gol dan membantu Manchester United untuk menjadi pasukan cemerlang.

Bagaimanapun, pengurus kelab, Jose Mourinho menegaskan bahawa etika dan pengalaman menangani jangkaan di Barcelona sebelum ini membuatkan beliau membuat tawaran lebih tinggi buat Sanchez berbanding Manchester City.

"Saya suka mempunyai pemain dalam pasukan saya yang gagal pada minit ke-91 dan tidak berhenti sehingga ia terus menjaringkan gol walaupun letih. Sama seperti dia berada di minit terakhir dalam perlawanan kami sebelum ini. Saya suka sikap itu," kata Mourinho.

"Apabila anda mempunyai pemain dalam pasukan di mana mentaliti mereka berkata 'saya membuat kesilapan itu atau saya kehilangan bola dan saya akan memulihkannya'... maka itu sangat penting.

"Gabungan semua ini adalah mengenai Alexis... pengalaman, bakat dan pengalaman, menjadikan dia sebagai pemain yang saya suka," ujar Mourinho.

Sanchez boleh menarik nafas lega selepas membuat jaringan buat Manchester United dalam hanya perlawanan ketiga untuk kelab itu, ketika menentang Huddersfield, hujung minggu lalu. - Mail Online

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain