suria

“Tak Masuk Akal!” - Mourinho

Jose Mourinho. Foto Reuters

JOSE Mourinho menegaskan ia akan menjadi satu kesilapan untuk Manchester United membiarkan penjaga gol, David de Gea menyertai Real Madrid pada musim panas ini.

Pemain kelahiran Sepanyol itu disenarai pendek untuk dibawa masuk ke Bernabeu, selain pemain Chelsea Thibaut Courtois turut tersenarai.

Bagaimanapun, Mourinho mahu pemain berusia 27 tahun itu kekal di Old Trafford dan cuba memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris kali kedua buatnya.

'Adakah anda fikir kelab yang cuba menarik perhatian pemain terbaik ialah kelab yang terbuka untuk menjual pemain terbaik? Ia tidak masuk akal," kata Mourinho.

De Gea menjadi salah satu penjaga gol utama dunia selepas susulan perpindahannya bernilai £18.9 juta dari Atletico Madrid pada 2011. - Mail Online

Jose Mourinho, David De Gea

Artikel Sebelum

Artikel Lain