Bekas Pemain Man United Meninggal Dunia Akibat Kanser - Sukan | mStar

Bekas Pemain Man United Meninggal Dunia Akibat Kanser

Liam Miller. Foto Getty Images/manchestereveningnews

BEKAS pemain tengah Manchester United, Liam Miller meninggal dunia pada usia 36 tahun kerana kanser pankreas.

Pada November lalu, Miller yang juga bekas pemain Celtic menderita akibat penyakit kanser dan beliau menjalani rawatan di Amerika Syarikat (AS) sebelum pulang ke Cork, Ireland untuk  kemoterapi.

Pemain kelahiran Ireland itu cuba bertarung melawan penyakit itu tetapi meninggal dunia, hanya empat hari menjelang hari jadinya ke-37.

Miller memulakan kerjayanya di Parkhead dengan Celtic pada 2000 dan menjaringkan dua gol dalam 26 penampilan semasa era Martin O'Neill.

Beliau kemudiannya berpindah ke Manchester United pada 2004 menerusi perpindahan secara percuma. - Mail Online

Liam Miller

Artikel Sebelum

Sah! Andik Vermansyah Bersama Kedah

Artikel Berikut

Sanchez Dedah Sebab Tinggalkan Arsenal

Artikel Berkaitan

Artikel Lain