suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Andik Vermansyah Bersama Kedah

Andik Vermansyah. Foto Instagram Kedah_fa

DESAS desus mengenai status bekas bintang Selangor, Andik  Vermansyah  yang dikatakan bakal berkhidmat bersama Kedah, akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan perkara itu.

Melalui kenyataan di laman Facebook rasmi KFA, pemain muda berusia 26 tahun itu yang menjadi rebutan enam kelab liga di Indonesia  berjaya diikat selama setahun sekali gus mengisi slot kuota import Asean bagi skuad Hijau Kuning.

"Pengesahan kontrak dan pendaftaran beliau dimaklumkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia  (FMLLP) petang tadi selepas proses termeterainya kontrak dan pemeriksaan perubatan diselesaikan semalam di Alor Setar," menurut kenyataan itu.

Andik akan menyarung jersi bernombor 30 musim ini dan akan memulakan latihan pertamanya bersama rakan sepasukan di Stadium Sultan Abdul Halim pada Sabtu.

Empat lagi pemain import Kedah ketika ini ialah Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Alvaro Silva dan Pablo Pallares. - Bernama

Andik Vermansyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain