suria

Kini Giliran Neymar Miliki But Mercurial Superfly

PEMAIN baharu Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan bintang sensasi Brazil, Neymar, antara tetamu pada sambutan ulang tahun ke-20 but bola sepak Mercurial keluaran jenama sukan terkemuka, Nike.

Turut hadir ialah Alexis Sanchez, Eden Hazard, Marcus Rashford dan bekas penjaring gol terhebat Brazil, Ronaldo.

Berlangsung di The Printworks, London, pada Rabu malam, para pemain tiba dengan penuh bergaya menaiki kereta mewah masing-masing.

Pada acara itu, Nike memperkenalkan but terbaharu mereka iaitu The Nike Superfly dan Vapor 360.

Ia merupakan kesinambungan but Mercurial yang mula diperkenalkan pada 1998, menampilkan Ronaldo di posternya pada waktu itu.

Malah, Ronaldo menjadi bintang pertama yang mempunyai but yang dicipta khas untuknya, dikenali sebagai R9.

Dia menyarungkan but itu sewaktu beraksi dalam Piala Dunia 1998 di Perancis, membantu pasukan negaranya mara ke peringkat akhir sebelum tewas kepada tuan rumah.

Pada Disember lalu, Nike melancarkan versi baharu but berkenaan sebagai tanda penghormatan kepada Roanldo.

But berharga £200 juta (RM1.091 bilion) yang dipakai oleh Neymar itu dinamakan 'Mercurial Puro Fenomeno'.

Menurut Ronaldo, kerjasama antara Neymar dan Mercurial adalah sesuatu yang sempurna.

"Karakter Neymar dalam permainan sangat pantas, bertenaga dan boleh menukar arah pada bila-bila masa sahaja," ujar Ronaldo.

Kini, syarikat itu memperkenalkan but terbaharu mereka menjelang Piala Dunia pada musim panas ini.

Menggunakan teknologi 'flyknit', Nike yakin ia merupakan but paling selesa yang pernah dicipta oleh mereka.

"But ini tidak seperti kaki kuda, tetapi ia seperti kuku haiwan yang mencakar. Antara maklum balas pemain yang kami terima ialah, mereka dapat merasa sensasi di kaki  apabila memakai but ini," ujar Max Blau, Timbalan Presiden Bola Sepak Nike.

"But Mercurial terdahulu dicipta bersandarkan saiz sembilan sahaja. Mercurial 360 yang baharu ini dicipta mengikut setiap saiz yang wujud.

"Setiap saiz ada chasis yang unik dan dicipta mengikut struktur tulang," kata Jeongwo Lee, Pengarah Rekaan Kanan Bola Sepak Nike.

Mercurial Superfly 360 dan Mercurial Bapor 360 akan dilancarkan pada minggu ini dan boleh didapati di laman web rasmi Nike bermula 14 Februari ini.

Neymar, Superfly

Artikel Sebelum

Padah Ramas Kemaluan Pemain Lawan

Artikel Berikut

Tidak Menjadi - Marcote

Artikel Lain