suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JDT II Terikat 2-2 Berdepan UiTM FC

Pemain UITM FC Nur Areff Kamaruddin meraikan jaringan ketika menentang JDT II pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang(MPPG). - Bernama

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) II gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 2-2 menentang UiTM FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam Rabu.

JDT II terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma Mohd Hasbullah Abu Bakar yang bijak ditanduk Muhammad Syafik menewaskan penjaga gol UiTM FC pada minit ke-14, selepas berjaya melepasi perangkap ofsaid.

Pelawat terus menderita pada minit ke-30 selepas tuan rumah mencipta gol kedua hasil hantaran cantik Nicolas Fernandez di celah pemain pertahanan UiTM FC yang membuka ruang buat Daren Lok melakukan rembatan bola leret.

Kesilapan Aidil Zafuan yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya hampir memberikan peluang kepada pasukan pelawat merapatkan jurang gol pada minit ke 37.

Bagaimanapun, pada babak kedua benteng pertahanan tuan rumah dibolosi pada minit ke-69 hasil jaringan Nur Arif Kamaruddin dan jaringan penyamaan Lucas Ramon Pugh pada minit akhir permainan. - Bernama

JDT II, UiTM FC, Liga Perdana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain