suria

Kuota Pemain Import Asia TFC Masih Kosong

Irfan Bakti (depan) ketika Majlis Pelancaran Pasukan Terengganu FC (TFC) dan Barisan Pemain 2018 26 Januari lalu. Foto: Bernama

KUALA NERUS: Impian peminat pasukan Terengganu Football Club I (TFC 1) melihat penampilan penyerang dari Korea Selatan, Park Seung Il untuk beraksi di Liga Super musim ini tidak kesampaian apabila tempatnya bakal diganti dengan pemain import lain.

Ketua Jurulatih TFC 1, Irfan Bakti Abu Salim, berkata, Park yang kini menggantikan pemain senegara, Kim Hyun Woo itu tidak dsapat bersama skuad itu kerana corak permainannya tidak bersesuaian dengan pasukan TFC 1  khususnya di barisan jentera hadapan.

“Untuk keempat-empat pemain import yang telah kita ambil. Satu daripadanya (Park Seung Il) kita ambil setelah Kim Hyun Woo mengalami kecederaan tapi prestasinya tidak begitu memberangsangkan dan kita tidak akan ambil Seung Il.

“Buat masa sekarang kita sedang menunggu seorang lagi pemain import juga dari Korea Selatan untuk memenuhi kuota Asia yang masih kosong. Mungkin pemain berkenaan akan terlepas aksi pertama tapi saya tidak kisah. Dengan kombinasi pemain yang ada sekarang, saya berasa yakin kita mampu mengutip mata penuh di tempat sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi bertemu peminat Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (PETEH) yang turut dihadiri presidennya, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, pada Rabu.

Menurut portal akhbar tempatan, Seung Il, yang menggantikan bekas pemain import PKNP FC, Hyun Woo yang tidak sempat pulih ekoran kecederaan yang di alami ketika aksi pramusim di Kemboja dan terpaksa berehat dalam tempoh yang lama dan memaksa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menamatkan kontrak pemain itu.

Dalam perkembangan lain, Najmil Faiz turut mengulas mengenai sasaran kelab penyokong itu di Terengganu itu bagi meramaikan jumlah ahli kelab dari jumlah yang sedia ada.

“Sehingga kini kita sudah ada seramai 300 ahli dan kita sasarkan seramai 1,000 orang hingga hujung tahun untuk meramaikan ahli kelab.

“Kita akan mengadakan pelbagai program turun padang untuk menarik golongan peminat terutama golongan muda kerana kebanyakan ahli kelab ini terdiri daripada ahli-ahli yang sudah berusia,” katanya.- Bernama

Irfgan Bakti, TFC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain