suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inilah Yang Liverpool Mahu - Klopp

JURGEN Klopp mengakui kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield pada Rabu adalah amat penting bagi mereka.

Dalam situasi turun naik skuad Liverpool itu, Klopp menjadikan kemenangan ini sebagai semangat untuk kembali bangkit.

The Reds yang tewas berturut-turut dan tersingkir dalam saingan Piala FA selepas ditewaskan West Brom diikuti kalah kepada Swansea City saingan liga.

"Inilah yang kita perlukan. Ia bukan permainan yang bijak tetap corak yang matang dan ia penting ketika ini," jelas Klopp kepada BT Sport.

"Kami boleh melakukan yang lebih baik, tetapi apabila kita menjaringkan gol awal, mungkin ia telah mengubah situasi.

"Tetapi bertemu Huddersfield bukan mudah kerana mereka menyerang dan bertahan.

"Kami perlu sentiasa menang. Bangkit kembali adalah sesuatu yang penting serta perlu bersedia dan aksi lebih sengit bertemu Spurs," tambahnya.

Liverpool kini menduduki tangga ketiga liga dengan 50 mata.

Liverpool, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain