suria

Ibrahimovic Pindah Ke LA Galaxy?

ZLATAN Ibrahimnovic bakal meninggalkan Manchester United.

Bekas pemain antarabangsa Sweden itu dilapor akan menyertai kelab LA Galaxy dalam saingan Major League Soccer (MLS).

Pemain berusia 36 tahun itu tidak pernah menyembunyikan rahsianya untuk berpindah ke Amerika Syarikat dan berjaya menarik perhatian media sejak akhir-akhir ini.

Menurut L’Equipe, impiannya itu bakal menjadi kenyataan apabila media di Perancis melaporkan dia sudah menandatangi kontrak dengan sebuah kelab yang berpangkalan di California.

Laporan itu menyebut Zlatan telah mengikat kontrak tiga minggu lalu manakala sumber terdekat di kelab dan MLS enggan memberi sebarang komen.

Zlatan masih berbaki enam bulan kontrak bersama United  dan minggu ini pengurus Jose Mourinho sudah memaklumkan bahawa dia tidak menghalang pemain itu untuk berpindah.

“Zlatan berada dalam fasa akhir kontraknya. Jika benar Zlatan ingin meneruskan masa depannya dengan negara lain, kami akan membantunya sehingga terlaksana. Bukan membuatkan hidupnya sukar.”

Zlatan Ibrahimovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jersi No.14 Sah Milik Laporte

Artikel Lain