suria

Jersi No.14 Sah Milik Laporte

BARISAN pertahanan Manchester City diramalkan semakin mantap dengan kehadiran Aymeric Laporte.

City memecah rekod perpindahan tertinggi kelab dengan membayar 57 juta pound (314.2 juta) kepada Athletic Bilbao bagi mendapatkan Laporte.

Laporte,23, telah rasmi menyarung jersi Manchester City selepas mengikat kontrak lima tahun setengah.

Laporte bakal menyarung jersi No.14.



“Saya sangat gembira berada di sini. City adalah sebuah kelab yang penuh cita-cita dan ia adalah salah sebuah pasukan terbaik di Eropah.

“Saya bersedia untuk bekerja di bawah Pep Guardiola dan akan cuba membantu kelab untuk lebih sukses.

“Ia amat bermakna apabila kelab seperti ini menunjuk minat terhadap saya dan tidak sabar untuk mula beraksi,” ujarnya.

Guardiola sememangnya mencari pemain pertahanan untuk mengukuhkan skuadnya di samping Vincent Kompany, John Stones dan Nicolas Otamendi.

Aymeric Laporte, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

“Saya Tidak Lagi Wujud”

Artikel Lain