suria

Leicester Tolak Tawaran Man City Buat Mahrez Tapi...

Riyad Mahrez. Foto Reuters

MANCHESTER City perlu memecah rekod perpindahan mereka buat kali kedua dalam masa 48 jam untuk menandatangani perjanjian tarikh akhir buat Riyad Mahrez.

Pemain sayap Leicester City itu diletakkan dalam permohonan perpindahan selepas Manchester City, yang menandatangani Aymeric Laporte dari Athletic Bilbao untuk £57 juta (RM314 juta) pada Selasa, mempunyai tawaran mengejut £50 juta (RM276 juta) yang ditolak.

Leicester mahu jumlah hampir dua kali untuk Mahrez, yang mempunyai baki dua setengah tahun lagi dalam kontrak bernilai £100,000 (RM551,850) seminggu. 

Pemain berusia 26 tahun itu terdesak untuk berhijrah dan tidak berlatih bersama rakan sepasukannya pada Selasa.

Mahrez mungkin menolak untuk bermain di Everton pada malam Rabu bagi memaksa proses penghijrahan berikutan tempoh jendela perpindahan bakal berakhir. - Mail Online

Riyad Mahrez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain