suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Palmieri, Selamat Datang Ke Chelsea!

Emerson Palmieri bersama jersi baharunya. Foto Chelsea FC/Getty Images

PEMAIN pertahanan Roma, Emerson Palmieri memuktamadkan perpindahan ke Chelsea bernilai £17.5 juta (RM96.7 juta).

Palmieri bergambar dengan jersi baru pada petang Selasa selepas menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangani kontrak selama empat setengah tahun.

Pemain kelahiran Brazil itu berikan jersi nombor 33 di Chelsea.

Beliau meninggalkan rumahnya di Rom untuk terbang ke London pada awal pagi.

Pemain berusia 23 tahun itu menjalani beberapa ujian perubatan sebelum mendatatangani kontrak bersama kelab Stamford Bridge.

"Saya datang ke sini kerana ia (Chelsea) merupakan pasukan hebat dengan sejarah yang hebat," kata Emerson.

"Hari ini saya menyedari salah satu impian saya adalah untuk memakai jersi kelab yang hebat.

"Saya menonton bola sepak Inggeris sejak berusia 15 tahun. Ia adalah permainan yang sangat cantik di sini tetapi ia akan menjadi lebih cantik bila saya dapat menyertai permainan itu," tambahnya. - Mail Online


Emerson Palmieri, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain