Ozil Terdesak Ke United - Mourinho - Sukan | mStar

Ozil Terdesak Ke United - Mourinho

Jose Mourinho menandatangani Mesut Ozil ketika di Real Madrid. Adakah mereka akan bergabung semula? -fotoGetty

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho dilaporkan berpendapat bintang Arsenal Mesut Ozil terdesak untuk berpindah ke Old Trafford.

United adalah pendahulu dalam saingan untuk menandatangani Ozil dari Arsenal, yang kontraknya di Emirates akan tamat pada musim panas.

Red Devils juga berminat untuk menandatangani Alexis Sanchez, walaupun saingan untuk merebut pemain ini dilihat masih memihak kepada Manchester City.

Peluang United mendapatkan Ozil kini kelihatan jelas dengan Barcelona, ​​yang sebelum ini juga berminat untuk merebutnya, melupakan hasrat itu berikutan ketibaan Philippe Coutinho dari Liverpool pada harga £142 juta.

Manchester Evening News menyatakan Mourinho berpandangan Ozil bersedia melakukan apa sahaja untuk meninggalkan Arsenal dan menyertai pasukannya di United.

Pasangan ini mempunyai hubungan rapat sejak mereka bersama-sama di Real Madrid.

Mourinho menandatangani pemain berusia 29 tahun itu pada musim panas pertamanya sebagai bos Real pada 2010, sejurus selepas pemain itu membintangi Piala Dunia di Afrika Selatan.

Mereka sama-sama mengakhiri dominasi Barcelona di La Liga dengan meraih gelaran pada 2012.

Mereka mungkin akan bergabung semula di United apabila kelab itu juga terdesak untuk menandatangani pemain baharu.

Jesse Lingard berkembang dalam peranannya sejak beberapa minggu terakhir tetapi Mourinho tidak menganggapnya sebagai pilihan jangka panjang.

Bagaimanapun, sumber menyatakan bahawa Mourinho tidak menghubungi Ozil sendiri memintanya menyertai beliau di United.

Dan ia masih dapat membuka jalan bagi pemain antarabangsa Jerman itu untuk menandatangani kontrak lanjutan dengan Arsenal.

Bos Gunners, Arsene Wenger pada Jumaat mengakui dia berharap agar Ozil keluar dari cengkaman United.

"Ya, masih ada peluang untuk dia kekal di sini," katanya. -expressUK

Jose Mourinho , Mesut Ozil

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

10 Pemain Pertahanan Terbaik EPL Musim Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor