suria

Barkley Sah Milik Chelsea

Ross Barkley. Foto Chelsea FC/Getty Images

ROSS Barkley menandatangani kontrak bersama Chelsea pada Jumaat menerusi nilai perpindahan sebanyak £15 juta (RM81 juta) dari Everton.

Perjanjian kontrak pemain berumur 24 tahun itu di Goodison Park tamat pada akhir musim ini selepas beliau menolak kontrak baharu.

Selepas perpindahan £35 juta (RM190 juta) ke Chelsea pada musim panas lalu terlepas pada hari akhir perpindahan, Barkley menandatangani kontrak selama lima setengah tahun bernilai lebih £150,000 (RM813,500) seminggu.

"Saya terharu. Saya menantikan saat ini dan sangat teruja untuk memulakannya," katanya.

"Diberi peluang untuk permulaan baharu di kelab seperti Chelsea, sememangnya sukar untuk dipercayai. 

"Saya berharap dapat meningkatkan prestasi dan menambah lebih banyak gol dalam permainan," tambah Barkley. - Mail Online

Ross Barkley

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain