suria

Tawaran Lumayan Buat Coutinho

Philippe Countinho. Foto Getty Images

BARCELONA perlu membayar sebanyak £145 juta (RM786 juta) untuk mendapatkan Philippe Coutinho dari Liverpool.

Jumlah bayaran itu bakal menjadi yang terbesar bagi pemain yang tidak mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya.

Neymar berpindah dari Barcelona ke Paris Saint-Germain dengan £198 juta (RM1.07 bilion) pada musim panas lepas selepas kelab gergasi Perancis itu mengaktifkan klausa pelepasan pemain kelahiran Brazil itu.

Barcelona kini sedang mempersiapkan tawaran yang akan mencatatkan rekod, termasuk jaminan tambahan.

Perjanjian tersebut akan memberikan keuntungan mengejutkan buat kelab di Anfield, yang membeli Coutinho daripada Inter Milan dengan £8.5 juta (RM46 juta) pada 2013. - Mail Online


Philippe Countinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain