suria

United Bimbang Mourinho 'Angkat Kaki' Awal

Jose Mourinho. -fotoDailyMail

LEMBAGA pengarah Manchester United bimbang Jose Mourinho tidak akan 'angkat kaki' lebih awal, seawal hujung musim ini, lapor Daily Mail.

Mourinho yang mendapat jolokan 'Special One' telah menyaksikan pasukannya ketinggalan 15 mata, jauh dari pemimpin Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan kini dalam pertempuran untuk menamatkan saingan di empat kelompok teratas.

Mourinho tidak pernah bertahan selama lebih dari tiga musim di sebuah kelab.

Laporan itu mendakwa bahawa Mourinho semakin mengasingkan dirinya daripada mereka yang mempunyai kaitan kelab, kecuali pasukan bimbingannya sendiri dan tidak menghabiskan banyak masa di Manchester.

Jurulatih Portugis itu tidak pernah mempunyai sebuah rumah di bandar itu dan telah tinggal di sebuah hotel selama 18 bulan yang lalu dan banyak menghabiskan masanya di kediaman di London.

Perjalanannya kembali ke ibu negara untuk berjumpa keluarganya menjadi lebih kerap baru-baru ini dan dia menghabiskan Krismas di sana, yang telah 'mencetuskan kebimbangan’ dalam kalangan pihak atasan United.

Komen-komen Mourinho baru-baru ini dalam media juga telah membimbangkan lembaga pengarah United, dengan dia mengkritik mengenai belanja yang kurang sehingga kelab menjadi sasaran serangan langsung terhadap urusan perpindahan.

Dia sebelum ini telah dikaitkan bakal menggantikan Unai Emery di Paris Saint-Germain dan dia mengalu-alukan tawaran perpindahan ke kelab gergasi Perancis itu.

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain