Chelsea Terbuka Terima Dua Pemain Terbaik Dunia - Sukan | mStar

Chelsea Terbuka Terima Dua Pemain Terbaik Dunia

Antonio Conte

ANTONIO Conte menggesa Chelsea menandatangani dua pemain yang dianggap sebagai 'terbaik dunia'.

Salah seorang daripadanya adalah Alexis Sanchez dari Arsenal.

Manchester City paling disebut-sebut akan mendapatkan Sanchez, tetapi kelab itu mungkin menunggu sehingga musim panas ketika pemain berusia 29 tahun itu bebas sepenuhnya selepas kontraknya tamat.

Laporan menyatakan bahawa Conte juga mahu pengurusan tertinggi Chelsea untuk menandatangani Sanchez pada musim panas, tetapi pengurus Itali itu tidak memainkan peranan penting dalam rundingan perpindahan kelab.

Laporan itu juga mendakwa Conte telah menghubungi Arturo Vidal dalam cubaan meyakinkan pemain tengah Bayern Munich itu untuk menyertai Chelsea.

Dan, pengurus Chelsea itu mengakui dia sangat mengalu-alukan kedua-dua pemain tersebut di Stamford Bridge.

"Anda bercakap mengenai dua pemain yang besar dan hebat, pemain utama untuk peranan mereka," kata Conte.

"Vidal adalah salah seorang yang terbaik di dunia, tetapi Sanchez pun sama sebagai penyerang."

Conte juga menjelaskan peranannya dalam urusan perpindahan Chelsea dan menegaskan dia tidak memiliki kata akhir mengenai pemain yang ditandatangani.

"Saya tidak terlibat dalam pasaran perpindahan, saya memberi pendapat tetapi kelab memutuskan pemain yang mereka mahu beli, untuk melabur," kata Conte.

"Saya percayakan kelab saya dan saya yakin mereka akan mengambil keputusan terbaik untuk pasukan.

"Dalam kes ini apabila saya beritahu bahawa saya memberi pendapat kepada kelab itu, saya cuba untuk memberitahu peranan yang dapat diperbaiki juga aspek numerik kerana dalam beberapa peranan kita tidak mempunyai beberapa pemain.

"Atau ada pemain muda yang belum bersedia bermain dengan pasukan utama.

"Jika kelab tanya saya beberapa nama, saya cuba beri tetapi akhirnya kelab yang memutuskan nama, pelaburan, pemain mana terbaik untuk pasukan." -metroUK

Artikel Sebelum

‘Mr Reliable’ Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Manchester City Tolak Sanchez

Artikel Lain