suria

Costa Akhirnya Tunjuk Muka

AGAK lama nama Diego Costa menyepi, akhir bekas pemain Chelsea itu tampil dengan jersi kelab baharunya.

Costa kembali ke kelab lamanya, Atletico Madrid selepas tiga bulan berkaitan dengan penggantungan kelab bagi perpindahan pemain.

"Saya menunggu begitu lama untuk saat ini. Saya telah bekerja keras dan tekun berlatih tetapi tidak ada apa yang boleh saya lakukan. Saya perlu bermain. Saya telah penat berlatih," ujarnya.

Costa yang pernah membantu Atletico merangkul gelaran juara dalam tempoh 18 tahun pada 2014, bersetuju kembali ke kelab itu dari Stamford Bridge dengan nilai perpindahan sebanyak 57 juta pound.

Jumlah itu hampir dua kali ganda ketika dia meninggalkan Atletico tiga tahun lalu.

Costa diperkenal sebagai pemain baharu oleh Atletico bersama Vitolo yang berpindah dari Sevilla pada Julai lalu dengan nilai 35.5 juta pound.

Vitolo

"Keadaan saya lebih baik berbanding sebelum tiba di sini. Saya telah melakukan persiapan dengan baik dan bersedia untuk membantu kelab serta menjaringkan gol," tambah Costa.

Penggantungan perpindahan pemain Atletico bakal berakhir pada Isnin.

Ini bermakna Costa secara rasminya boleh membuat penampilan pertamanya pada perlawanan bertemu Lleida Esportiu dalam saingan Copa del Rey Rabu ini.

Diego Costa, Vitolo, Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Young Digantung Tiga Perlawanan

Artikel Berikut

Wenger Naik Angin!

Artikel Lain