suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mkhitaryan Diintai Inter Milan?


INTER Milan memberikan perhatian untuk mengikuti perkembangan situasi Henrikh Mkhitaryan di Manchester United, menurut Sky in Italy.

Bos United, Jose Mourinho mengesahkan pada November bahawa penyerang kelahiran Armenia itu telah digugurkan kerana dia tidak berpuas dengan persembahan bintang itu.

Mkhitaryan belum memulakan aksi dalam permainan Liga Perdana bersama United sejak kekalahan yang berlaku di Chelsea pada 5 November lalu, tetapi kali terakhir dia bermain adalah sepanjang babak kedua dalam perlawanan seri 2-2 dengan Burnley.

Sky in Italy percaya bahawa Mkhitaryan adalah salah seorang daripada beberapa pemain yang diintai Inter termasuk Gerard Deulofeu di Barcelona dan Javier Pastore di Paris Saint Germain.

Menurut The Sun, United telah mengemukakan tawaran pembukaan termasuk Mkhitaryan sebagai tambahan kepada jumlah perpindahan sebanyak £70 juta (RM384 juta) bagi menjamin nasib kelab itu untuk mengikat bintang Juventus, Paulo Dybala.  - Skysports

Henrikh Mkhitaryan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klopp Bukan Nak Membazir

Artikel Lain