suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pahang Tolak Slot Saingan AFC - FAM

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan naib juara Liga Super 2017, Pahang secara rasminya tidak akan mewakili Malaysia untuk pertandingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, badan induk bola sepak itu tidak menerima sebarang maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyertai kejohanan tersebut.

“Sehingga tarikh tutup yang ditetapkan pada 30 November 2017, FAM tidak menerima surat balasan atau sebarang maklum balas daripada PBNP untuk menyertainya,” kata Hamidin dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, FAM memberi masa sehingga Khamis lalu kepada PBNP untuk menimbang semula tawaran beraksi dalam Piala AFC musim depan.

PBNP sebelum ini membuat keputusan mengejut apabila menolak tawaran FAM menggantikan Kedah sebagai wakil Malaysia bersaing dalam kejohanan itu, dengan memberi alasan ingin fokus terhadap liga tempatan.

Begitupun, tindakan itu tampak mengundang padah apabila AFC kemudian mengesahkan slot itu akan diberikan kepada negara lain berdasarkan Fasal 12.12, Peraturan Pertandingan AFC.

Ini kerana Pahang, yang memenuhi syarat kelayakan tetapi enggan menyertai kejohanan itu, secara automatik slot itu terbatal dan tidak boleh diberikan kepada pasukan tempatan lain.


AFC, FAM, Pahang

Artikel Sebelum

Tak Suka, Boleh Pecat - Queiroz

Artikel Berikut

Artikel Lain