suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Joachim Tak Sabar Harungi Saingan Kumpulan F

JERMAN mungkin tidak berdepan masalah sepanjang saingan Piala Dunia 2018, bagaimanapun juara bertahan itu harus kekal fokus bagi mengharungi tiga perlawanan peringkat Kumpulan F.

Malahan, Jerman turut menyifatkan peringkat kumpulan adalah sesuai yang sukar untuk diharungi.

Kumpulan F menyaksikan Jerman diundi bersama Mexico, Sweden dan Korea Selatan.

“Daripada segi sukan itu sendiri, ia dilihat sebagai kumpulan yang menarik,” kata pengendali Jerman, Joachim Loew.

“Apa yang kami mahu lakukan di peringkat kumpulan adalah untuk mengukuhkan asas pasukan dalam misi mengekalkan kejuaraan.

“Kami mengenali Mexico ketika saingan Piala Konfederasi, begitu juga dengan Sweden, tetapi kami mungkin kurang tahu mengenai Korea Selatan, namun saya tetap tidak sabar untuk mengharungi aksi peringkat kumpulan ini.

“Dalam undian seperti ini, apa pun boleh berlaku. Dalam kumpulan mana sekali pun kami berada, kami perlu melepasinya. Saya lebih tenang dan tidak ada sebab untuk kami berasa gugup."

Presiden Persatuan Bolasepak Jerman (DFB), Reinhard Grindel menyifatkan ia satu kumpulan yang mencabar buat Jerman.

“Kumpulan yang agak menarik dan menjadi satu cabaran buat kami. Persiapan pasukan untuk menghadapi aksi pertama akan bermula dari sekarang.”- Reuters

Joachim, Jerman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain