suria

Kena Cop 'Bodoh Abadi', Safawi Rasid Beri Penjelasan

Foto kredit: Twitter Safawi Rasid

PETALING JAYA: Penyerang muda negara, Safawi Rasid tampil menjawab isu yang tular di laman sosial pada Rabu.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang berusia 20 tahun itu memberitahu apa yang berlaku antara dia dan anak pelakon terkenal tanah air, Ira Kaza hanyalah satu salah faham.

Penyerang kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) ini mendakwa,  seorang rakannya telah menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar teks WhatsApp kepada Ira.


"Kawan saya memang kawan kepada Ira. Dia yang guna telefon bimbit saya. Jadilah salah faham 'kat' situ.

"Kawan saya ni dah 'call' jelaskan pada Ira. Semua dah settle (selesai). Saya harap tidak ada lagi isu mengenai perkara ini," jelasnya kepada mStar Online.

Safawi juga memohon maaf kepada Ira menerusi Twitternya.

Dan permohonan maafnya itu dibalas dengan tweet ringkas 'Okay dimaafkan' oleh Ira.

Tambah Safawi, dia tidak mahu memanjangkan isu ini kerana ia boleh mengganggu fokusnya dalam skuad kebangsaan.

Skuad Bawah 22 Tahun negara yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee kini sedang menjalani latihan pusat bagi persiapan Piala Asia bawah 23 Tahun di China, Januari ini.

Safawi Rasid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lupakan Saja Arsenal!

Artikel Lain