suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lupakan Saja Arsenal!

ARSENE Wenger terlepas peluang menyambar beberapa pemain hebat sepanjang tempoh mengemudi Arsenal tetapi kisah kegagalan perpindahan Antoine Griezmann ke Emirates masih segar dalam ingatan penyokong pasukan itu.

Griezmann yang sering dikaitkan dengan Manchester United tampil mendedahkan bagaimana perpindahan ke Arsenal pada 2013 gagal dimuktamadkan.

Jelas pemain berusia 26 tahun itu, ejennya Eric Olhats sering berhubung dengan pencari bakat The Gunners, Gilles Grimandi ketika itu.

Grimandi memberitahu Olhats bahawa Wenger berminat terhadap Griezmann.

Susulan itu, Olhats telah mengetepikan segala tawaran terhadap Griezmann pada ketika itu bagi memudahkan penghijrahannya ke Arsenal.

Namun Wenger melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Perancis itu dan Griezmann menolak menyertai Arsenal pada masa hadapan.

"Saya menunggu, menunggu dan terus menunggu tetapi tiada berita. Eric hubungi Grimandi yang mengatakan Wenger masih berminat terhadap saya dan menyuruh saya menunggu.

"Akhirnya beberapa jam sebelum pintu perpindahan ditutup, dia beritahu bahawa Arsenal tidak akan memuktamadkan perpindahan itu.

"Saya tidak suka diberitahu sesuatu tetapi ia tidak berlaku.

"Jadi apabila Eric beritahu saya bahawa Arsenal masih berminat, saya beritahu mereka, lupakan sahaja selepas apa yang mereka lakukan terhadap kami," tulis Griezmann dalam autobiografinya.

Antoine Griezmann, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

FAP Kesal Tindakan Gary Nair

Artikel Lain