suria

Gaji Mingguan Pemain EPL Naik Lagi, Tapi...

GAJI purata mingguan Liga Perdana Inggeris dinaikkan lebih £50,000 (RM274,277) buat pertama kali yang juga yang pertama bagi liga bola sepak di seluruh dunia.

Walaupun bayaran purata tahunan bagi musim 2017/2018 dalam division utama England adalah £2.6 juta (RM14.5 juta) atau £50,817 (RM278,759) seminggu, tiga kelab yang memberikan bayaran tertinggi adalah dari Sepanyol dan Perancis.

Tinjauan gaji pemain sukan global 2017 yang diterbitkan pada Ahad lalu mendedahkan bahawa Barcelona yang mengungguli La Liga kini merupakan kelab yang membayar gaji purata bagi pasukan pertama sebanyak hampir £6.6 juta (RM36.2 juta) setahun.

Manakala, Paris Saint-Germain (PSG) pula membayar pemainnya sebanyak £6.5 juta (RM35.7 juta) setahun dengan peningkatan yang dikatakan agak pantas.

Sekiranya PSG berjaya pada kempen kali ini, kemungkinan besar kelab itu akan memberi habuan bonus yang mampu mengatasi Catalan.

Real Madrid pula di tangga ke tiga itu sebanyak £6.2 juta (RM34 juta) setahun.

Kelab yang menawarkan gaji tertinggi di England adalah Manchester United dan Manchester City iaitu sebanya £5.2 juta (RM28.5 juta) bagi seorang pemain dalam setahun atau £100,000 (RM548,555) seminggu. - Daily Mail

EPL, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ronaldo Tamatkan Kemarau Gol

Artikel Lain