suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Tamatkan Kemarau Gol

Ronaldo meraikan gol ketiga Real. - Reuters

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas Malaga, menjadikan kelab itu hampir mendekatkan kedudukan dengan Barcelona yang kini di puncak La Liga.

Persembahan yang ditonjolkan anak buah Zinedine Zidane itu dianggap begitu cemerlang berbanding Malaga yang gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang musim ini, sebelum perlawanan awal pagi Ahad itu.

Karim Benzema membawa Real mendominasi perlawanan pada babak pertama sehinggalah Diego Rolan menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu.

Casemiro mengukuhkan kembali kedudukan tuan rumah beberapa minit kemudian, namun Malaga bangkit dengan jaringan Chory Castor yang berjaya melepasi gawang  Kiko Casilla.

Ronaldo mengambil tugas sepakan penalti dan pada cubaan kedua berjaya menamatkan kemarau jaringan di La Liga sekaligus memberikan tiga mata kritikal buat Real.

Kini, kelab itu hanya mampu berharap agar pungutan mata Barcelona jatuh ketika menentang Valencia. - Eurosport

Cristiano Ronaldo, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain