suria

Penyokong Chelsea Tertinggal Kereta Api

Seramai 150 peminat Chelsea tidak boleh pulang gara-gara bas yang sepatutnya mengambil mereka lewat tiba. - Twitter/Tim Rolls

PEMINAT Chelsea berang setelah 'terkandas' di Liverpool apabila kereta api yang disewa balik tanpa mereka.

Penyokong Blue itu merancang untuk kembali ke London selepas pasukan mereka seri menentang Liverpool.

Thomas Cook bertanggungjawab untuk meyediakan bas dari Anfield ke Stesen Liverpool South Parkway, namun empat bas tidak tiba selepas tamat perlawanan.

Thomas Cook telah memberi amaran bahawa kereta api tidak akan menunggu para penyokong sekiranya mereka lewat, tetapi kelewatan itu bukan disebabkan oleh mereka.

Setakat pukul 11.30 malam Sabtu (waktu tempatan), bas-bas tersebut masih dalam perjalanan untuk mengambil penyokong Chelsea sebelum tiga jam setengah perjanalan balik ke London.

Bas tersebut dijangka tiba pada pukul 12.15 pagi, waktu yang sama kereta api tiba di stesen London Euston.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada penyokong yang menyedari bahawa dia tertinggal barangan peribadi di kereta api sewa yang membawa mereka ke perlawanan itu.

Thomas Cook bagaimanapun berjanji akan menguruskan perjalanan balik penyokong-penyokong itu. - Mirror

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain